Isnin, 5 Disember 2011

CADANGAN MENGATASI MASALAH TIDAK MENGENAL ABJAD DALAM KALANGAN MURID



AKTIVITI 1 : Bongkah Abjad.
Guru menyediakan dua buah bongkah yang diperbuat dari kertas keras. Setiap bongkah dilabelkan dengan kad huruf. Dua orang murid akan membaling bongkah tersebut secara serentak. Murid akan membaca huruf-huruf yang terdapat pada bongkah tersebut.






Murid menyebut abjad yang terdapat pada bongkah dalam aktiviti ‘Bongkah Ajaib’.



AKTIVITI 2 : PANCING AJAIB
 Guru menyediakan set pancing dan set ikan yang telah dilabel dengan huruf kecil dan besar.Permainan ini akan dijalan bersama 5 orang murid sasaran secara serentak. Guru akan menyebut huruf. Murid akan memancing huruf yang disebut dan membawanya kepada guru. Guru akan memberi mata ganjaran berbentuk bintang kepada murid yang berjaya memancing huruf dengan tepat.Aktiviti ini diulangi hingga selesai beberapa huruf yang ditentukan guru.



Murid sedang memancing abjad dalam aktiviti ‘Pancing Ajaib’


AKTIVITI 3 : BATU HIKMAT ABJAD
Di sini juga saya masih menggunakan kaedah permainan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengenal abjad. Saya memperkenalkan permainan “Batu Hikmat Abjad”.Murid diberi batu-batu kecil yang berwarna-warni. Guru akan menulis huruf di papan hitam dengan teknik dan urutan yang betul. Murid diminta membentuk huruf dengan menyusun batu-batu tersebut mengikut teknik yang betul dan menggunakan warna yang telah ditentukan oleh guru.



Murid sedang menyusun batu –batu kecil berwarna membentuk abjad dalam aktiviti ‘Batu Hikmat’




Tiada ulasan:

Catat Ulasan