Isnin, 24 Oktober 2011

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya. 

Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:


1. ekor: Untuk haiwan sepeti kucing, ikan, lembu, dan sebagainya.























2. biji: Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan dan sebagainya.





























3. Helai: Untuk benda-benda yang nipis seperti kertas, daun, dan sebagainya.















4. Buah: Untuk Benda yang besar seperti kereta, rumah, dan lain-lain.












5. utas: Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan