Isnin, 5 Disember 2011

CADANGAN MENGATASI MASALAH TIDAK MENGENAL ABJAD DALAM KALANGAN MURID



AKTIVITI 1 : Bongkah Abjad.
Guru menyediakan dua buah bongkah yang diperbuat dari kertas keras. Setiap bongkah dilabelkan dengan kad huruf. Dua orang murid akan membaling bongkah tersebut secara serentak. Murid akan membaca huruf-huruf yang terdapat pada bongkah tersebut.






Murid menyebut abjad yang terdapat pada bongkah dalam aktiviti ‘Bongkah Ajaib’.



AKTIVITI 2 : PANCING AJAIB
 Guru menyediakan set pancing dan set ikan yang telah dilabel dengan huruf kecil dan besar.Permainan ini akan dijalan bersama 5 orang murid sasaran secara serentak. Guru akan menyebut huruf. Murid akan memancing huruf yang disebut dan membawanya kepada guru. Guru akan memberi mata ganjaran berbentuk bintang kepada murid yang berjaya memancing huruf dengan tepat.Aktiviti ini diulangi hingga selesai beberapa huruf yang ditentukan guru.



Murid sedang memancing abjad dalam aktiviti ‘Pancing Ajaib’


AKTIVITI 3 : BATU HIKMAT ABJAD
Di sini juga saya masih menggunakan kaedah permainan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengenal abjad. Saya memperkenalkan permainan “Batu Hikmat Abjad”.Murid diberi batu-batu kecil yang berwarna-warni. Guru akan menulis huruf di papan hitam dengan teknik dan urutan yang betul. Murid diminta membentuk huruf dengan menyusun batu-batu tersebut mengikut teknik yang betul dan menggunakan warna yang telah ditentukan oleh guru.



Murid sedang menyusun batu –batu kecil berwarna membentuk abjad dalam aktiviti ‘Batu Hikmat’




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh   :16 November 2011
Hari       Isnin
Masa:    10.15 – 10.45
Tahun:  2 Cerdik
Tema :  Cerita Teladan.
Tajuk :  Sang Semut dan Sang Belalang

Fokus Utama  :  5.2  :  Membaca dengan kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i)  Membaca teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan  :8.2  Membaca dan menulis ayat tunggal dan majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang tajuk.
Aras 1.(i)  Membina ayat tunggal dan majmuk.
1.    Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar .
2.    Menyatakan maksud perkataan yang di beri.
3.    Melengkapkan ayat tunggal dan majmuk dengan perkataan yang sesuai

Pengisian Kurikulum
i)              Ilmu : Kesusasteraan
ii)             Nilai  : Bekerjasama, baik hati,keberanian

Sistem Bahasa  
i)              Sebutan dan intonasi : Intonasi bercerita
ii)             Kosa kata : melompat,waspada
iii)            Tatabahasa:  Simpulan bahasa

Kemahiran Bernilai Tambah :
i)              Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah.
ii)             Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonal
iii)            Pembelajaran Kontekstual.
               Strategi Pengajaran :
i)              Pendekatan berpusatkan murid.
ii)             Teknik Permainan Bahasa.
   Penekanan  Konsep 5P
i)              Penggabungjalinan : Kemahiran mendengar,bertutur,menulis.
Penyerapan Ilmu:  Sains, 

ii)             Pemulihan : Membaca dan memadankan maksud perkataan.
iii)            Pengayaan : Murid membina 5 ayat tunggal dari perkataan yang diberi.
iv)           Penilaian:

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:
1.Bahan Multimedia : Laptop,CD, Kostium pakaian binatang.
2.Bahan bercetak :    Lembaran kerja,kad – kad permainan      bahasa,kad imbasan.

Pengetahuan Sedia Ada :
1.Murid pernah mendengar cerita binatang.
2.Murid pernah mempelajari  perkataan seerti (antonym)sebelum ini.


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah
dan Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.
Catatan



Set Induksi
( 5 minit)
































Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini.

Guru menyediakan kad permainan pantun teka-teki.
(Rujuk lampiran 1)
Murid memakai kostium binatang.


Membuat gerakan lagu’ Chicken Dance’

















1.Guru meminta beberapa orang murid membaca kad pantun teka-teki.
Murid lain cuba meneka jawapan.

2.Guru membuat kejutan dengan meminta murid memejam mata.
Guru memanggil 3 orang murid untuk memakai kostium binatang iaitu ayam,belalang dan katak.

3.Murid membuka mata dan meneka kostium yang dipakai oleh rakan mereka.

4.Guru dan murid sama-sama membuat  gerakan mengikut muzik Chicken Dance.

5.Guru memperkenalkan tajuk haiwan kepada murid – murid.



Kemahiran
berfikir.


























Ilmu:
Kesusasteraan


Langkah 1
(10 minit)























Cerita “Sang Semut dan Sang Belalang”


(Rujuk Lampiran 2)

















Guru memanggil 3 orang murid ke hadapan kelas.

Murid membaca teks  cerita secara bergiliran di hadapan kelas

Beberapa orang murid pula dipanggil untuk membaca teks sambil dibantu oleh
guru.

3.Guru membaca teks sambil diikuti oleh murid dengan sebutan dan nada intonasi yang betul.



Sistem Bahasa:
Perkataan Seerti(Sinonim)





















Langkah 2
(10 minit )
































Permainan “Apa maksud saya”

Perkataan.
-berhati –hati
-tiba
-menyimpan


Setiap murid akan membaca kad perkataan masing –masing.

Murid akan bergerak mencari pasangan masing –masing dan memadankan maksudnya.














1.Guru bersoaljawab dari bahan prosa dengan dengan bertanya sifat Sang Semut dan Sang Belalang.




1.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Kumpulan A akan memegang kad perkataan sementara kumpulan B akan memegang kad maksud perkataan.

2. Murid diminta mencari pasangan bagi maksud perkataan.

3.Pasangan pertama yang berjaya memadankan kad di papan hitam dikira pemenang.

4.Murid membaca secara kelas perkataan di papan hitam.



Teknik
Permainan Bahasa.


Kecerdasan Pelbagai








Pendekatan Berpusatkan Murid.

Penutup

(5 minit)









Latihan Bertulis.
Lembaran Kerja.

(Rujuk Lampiran 3)

Melengkap ayat dengan perkataan yang sesuai

Latihan Pengayaan
(Rujuk Lampiran 4)
- Membina 6 ayat tunggal dari perkataan yang diberi.

Latihan Pemulihan
(Rujuk Lampiran 5)
Memadankan perkataan dengan
maksud yang diberi.

Rumusan
Sesi  soaljawab


1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2. Guru memantau semasa murid menyiapkan latihan sambil  memberi bimbingan kepada murid yang lemah.













Guru menekankan mengenai maksud simpulan bahasa sambil menasihati murid agar bersikap rajin dan saling tolong menolong dengan mencontohi watak Sang Semut.





LAMPIRAN 1(kad permainan)
PANTUN  TEKA – TEKI


1.        Ada belalai tetapi bukan gajah
Di malam hari ia menjelajah
Kegemarannya suka menghisap darah
Ia membiak di air dan di sampah

Jawapan :




2.        Kuning di raja indah berseri
Di hias indah di waktu pagi
Kalau anda bijak bestari
Binatang apa keris di kaki?

Jawapan :





3.       Dipujuk dibelai setiap masa
Lembut bulunya manja suaranya
Aduhai adik cubalah teka
Binatang apa mengiau bunyinya.

Jawapan





Lampiran 2

Teks petikan cerita.

Tajuk :    Belalang  Dan Semut

Pada suatu hari,seekor belalang telah bertemu dengan seekor semut.Pada ketika itu, Sang Semut sedang bertungkus lumus mengumpul dan mengeringkan bijirin.Sambil ketawa,Sang Belalang berkata,”Hai Sang Semut! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini.Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh.Lihatlah keadaan aku ini.Hidup bebas terbang ke sana sini”.
    Sang Semut lalu berkata,”Wahai sahabat baikku,musim sejuk akan tiba tidak lama lagi,marilah kita menyimpan makanan sebagai langkah berjaga-jaga.Belalang tertawa lalu berkata,”Ha ,ha.ha biarlah.Masih ada banyak masa.Belalang terus menyanyi dan tidak mempedulikan nasihat rakannya.
     Selang beberapa hari,musim sejuk pun tiba.Salji turun dengan lebatnya.Belalang berasa sangat takut.Badannya menggigil kerana kesejukan dan kelaparan.Dia tidak menyimpan bekalan makanan.
    Tanpa membuang masa Sang Belalang berlari ke rumah Sang Semut.Sang Semut terperanjat melihat Sang Belalang.Sang Semut pun berkata,”Wahai Sang Belalang, jika kita ringan tulang,tentulah kita akan mendapat faedahnya,sebaliknya jika kita berat tulang diri sendiri yang akan rugi.
  Sang Semut pun memberi sehelai selimut dan menghidangkan makanan kepada Sang Belalang.Sang Belalang berjanji akan berubah menjadi rajin.

(Lampiran 3)

Lembaran kerja.

Nama :  ……………………………
Tahun:  ………………………….


Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1.Sang Semut  …………………….. melihat  keadaan Sang Belalang   yang basah kuyup.

2.  Sang Semut  ……………………. makanan untuk kegunaan di musim sejuk

3 .Sang Belalang  berasa ……………….. dan akan berubah menjadi rajin.

4 .Sang  Semut bersikap ………………. apabila ia menghidangkan makanan kepada Sang Belalang.

5 .Sang Semut bersikap …………………..  sementara Sang Belalang pula mempunyai  sifat ……………….  bekerja.
insaf             rajin             baik hati            malas                kasihan

(Lampiran 4)

Aktiviti Pengayaan

Nama : ………………………………
Tahun : …………………………
Bina ayat tunggal atau majmuk dari perkataan yang diberi.
1.   Kasihan :
…………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………….


2.   Berjumpa :
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………

3.   Berwaspada :
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………...

4.   Menggigil 
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………

5.   Terperanjat : .……………….….………………………………………………………
……………………………………………………………………………..

6.   Mengumpul :
…………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………



(Lampiran 5)

Aktiviti Pemulihan.

Nama :  ……………………………………………
Tahun : ………………………………………………

Padankan  perkataan yang sama maksudnya di bawah.

1.
     .Mengumpul                                                          simpati

2.
            Bertemu                                                              terkejut

3.
   Kasihan                                                               menghimpun

4.
   Waspada                                                              berjumpa


5.
  Terperanjat                                                             berhati hati



JONG JONG INAI



TEKA SILANG KATA





<br /> CerdikNet :: Bahasa Melayu Sekolah Rendah<br />

Pekerjaan

Teka Silang Kata

Lengkapkan teka silang kata berikut.
1   2   3   
4   
5   6   
7   
8